Perkara Penting Kahwin di Thailand Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan ulasan saya pada laman UTUSAN Malaysia, saya telah banyak mendapat klien berminat kahwin di Thailand.

Tahukah anda cara menguruskan nikah di Thailand? Jika anda belum mahir untuk menguruskan perkahwinan anda di Thailand sila hubungi ejen nikah di Thailand yang bertauliah Puan Wan di talian 019-3768436.

Anda boleh rujuk pakej nikah di Thailand yang di tawarkan oleh saya di sini:

Pakej Nikah Di Thailand

Biasanya antara klien yang merujuk kepada saya banyak bertanyakan soalan seperti:

  • Dokumen apa yang perlu di sediakan untuk kahwin di Thailand?
  • Dokumen-dokumen yang akan dapat selepas kahwin di Thailand?
  • Lokasi perjumpaan kahwin di Thailand di mana?
  • Berapa bayaran untuk perkhidmatan kahwin di Thailand?
  • Berapa mas kahwin di Thailand?
  • Urusan perkhidmatan kahwin di Thailand hari apa?
  • Urusan berapa hari kahwin di Thailand?

Sebenarnya banyak urusan boleh di permudahkan dengan mengunakan perkhdmatan saya, berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan pasangan kahwin di Thailand dan ada juga klien yang saya uruskan proses daftar di Malaysia selepas nikah di Thailand.

Di sini saya sertakan juga maklumat terperinci berkaitan dokumen yang anda akan dapat jika berurusan menggunakan perkhidmatan saya.

8 Dokumen Nikah di Thailand

1. Sijil nikah di Thailand.

Apabila selesainya urusan nikah di Thailand,pasangan suami dan isteri yang bernikah di Thailand akan dapat sijil nikah Thailand yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam(Songkhla/Satun) Thailand.

Dalam sijil nikah Siam tersebut terdapat maklumat tentang tempat nikah di Thailand,nama bakal suami dan isteri berkahwin di Thailand ,nombor kad pengenalan,umur bakal suami isteri berserta nama imam tauliah dan dua orang saksi. Setelah itu juga terdapat lafaz taklik dalam sijil kahwin Thailand tersebut.

Dalam Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri memperuntukkan perceraian dibawah taklik atau janji iaitu:

Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat surat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin.

Lafaz taklik kawin Thailand seperti berikut:

Saya suami telah taklik dihadapan jurunikah dan saksi dengan lafaz ialah suami bagi yang sah pada hukum syarak boleh berjanji terhadap isteri saya dihadapan jurunikah dan saksi.

Kata bahawa saya akan memelihara isteri saya mengikut hukum syarak.Saya tidak akan menceraikan isteti saya dengan sesuka hati sebelum memaklumkan kepada pihak yang berkenaan.Saya berlafaz taklik dengan katanya,sekiranya saya tidak dapat bersekedudukan dengan isteri saya atau saya menyakiti sebagai menyakiti yang melampau atau saya tidak bersekedudukan melebihi selama 4 bulan maka mengadu ia kepada jawatankuasa majlis agama islam wilayah yang berkenaan.

Bawa 2 orang saksi .maka tertalaklah ia satu taklak dan saya rujuk yang tertalak dengan taklik ini atau dengan talak yang lain dengan ketiadaan redhanya maka tertaklak ia dengan satu taklak.

Adapun ada sedikit penambahan lafaz cerai taklik bagi beberapa Majlis Agama Islam Thailand bagi terjatuhnya talak contohnya jika seorang suami dipenjarakan atas sebab-sebab tertentu,pengambilan dadah dan HIV.

Dibahagian bawah sekali sijil kahwin di Thailand terdapat tandatangan pasangan yang menikah di Thailand,dua orang saksi dan tandatangan wali tauliah.

2. Surat pengesahan pernikahan di Thailand.

Didalam kandungan surat ini adalah surat yang ditujukan kepada pihak Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla untuk mengesahkan sesebuah perkahwinan di Thailand tersebut.

Isi kandungan surat ini terdapat nama pasangan yang bernikah,jurunikah berserta 2 orang saksi yang mengatakan pasangan tersebut telah berkawin di wilayah tersebut dan diakui sah pada hukum syarak.

Dibahagian bawahnya terdapat cop pengesahan daripada timbalan yang dipertua Majlis Agama Islam.

3.Gambar pasangan berkahwin di Thailand.

Manakala kandungan dokumen gambar pasangan berkawin Thailand meliputi gambar nikah Songkhla bersama dengan wali tauliah dan dua orang saksi.Selain itu terdapat nama pengantin,jurunikah,saksi,tarikh akad nikah masa dan tempat akad nikah di Songkhla.

4. Surat akuan tauliyah nikah di Thailand.

Surat ini memaklumkan bahawasanya seseorang jurunikah yang bertauliah bagi jawatan kadhi syarie dan naib kadhi syarie bagi tugas menikahkan pasangan yang bernikah di wilayah Songkhla.

Surat ini penting bagi membolehkan seseorang kadi memperolehi pengiktirafan dari JAKIM mahupun wilayah Siam tersebut.Surat ini juga menyatakan tempoh sah bagi seseorang kadi bertugas sebagai seorang wali am.Syarat seorang wanita menggunakan wali am hendaklah berjarak 2 marhalah bersamaan 96 km dari wali nasabnya.

 

5. Surat pengesahan perkahwinan di selatan Thailand.

Surat ini adalah surat dari Konsulat Jeneral Malaysia yang memaklumkan bahawa perkahwinan diantara pasangan tersebut bernombor kad pengenalan adalah sah di wilayah tersebut bertarikh sekian dan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Thailand.

Surat ini membolehkan sesebuah pasangan mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia.

6.Resit rasmi kerajaan Malaysia

Setelah membuat bayaran di pejabat konsulat/kedutaan Malaysia pasangan akan diberikan resit.Resit ini mengadungi nombor resit,tarikh,masa dan jumlah bayaran.Selain itu terdapat tajuk perkara dalam resit rasmi iaitu pendaftaran perkahwinan.

7.Salinan Pasport suami dan isteri

Salinan pasport bermaksud salinan fotostat kedua-dua pasangan semasa cop pasport di imigresen dan akan disahkan oleh pejabat konsulat Malaysia.

8.Salinan kad pengenalan suami dan isteri

Dokumen yang terakhir adalah salinan kad pengenalan suami dan isteri yang telah disahkan oleh pejabat konsulat Malaysia.

Itu sahaja perkongsian dari saya Puan Wan, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda mendapatkan maklumat kahwin di Thailand. Jika ingin menggunakan perkhidmatan saya sila hubungi di talian 019-3768436.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau cadangan, anda boleh komen di ruangan komen atau chat saya di ruangan chat.

Sila rujuk gambar di bawah untuk dokumen yang anda akan dapat jika menggunakan perkhidmatan saya.

(Visited 1,997 times, 10 visits today)

86 thoughts on “Perkara Penting Kahwin di Thailand Yang Anda Perlu Tahu”

  1. Alhamdulillah…terbaik sekali servis yang diberikan…Sepanjang berurusan segala info,penerangan dan follow up dari Kak Wan amat memuaskan hati saya & suami….menepati masa serta bertepatan dengan pakej yang dimaklumkan….Dari mula sehingga akhir urusan saya amat berpuashati…Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana menemukan dengan Kak Wan dan sangat membantu & menyelesaikan urusan saya ni dengan sempurnanya…Semoga Kak Wan sentiasa dalam Rahmat & Inayah Allah…Aamiin

  2. Sepanjang akak uruskan dari hari pertama urusan pernikahan kami, saya sgt berterima kasih pada akak sebab sangat2 memudahkan segalanya..
    Akak ngn abang sangat ramah tuk melayan semua pertanyaan dan kerenah kami
    Bilik hotel pun selesa
    Kenderaan pengangkutan pun sangat selesa dan menepati masa
    Terima kasih atas segalanya ..semoga Allah permudahkan segala urusan akak n abang sebagaimana akak melancarkan urusan kami..

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Alhamdulilah urusan dipermudahkan semasa pernikahan di Thailand. Terima kasih kembali diatas memilih saya sebagai ejen yang menguruskan dan saya doakan semoga dipermudahkan untuk segala urusan.

  3. servis terbaik..harga pon berpatutan..dan yang paling penting ejen yg boleh di percaya..alhamdulilah bertemu ejen terbaik..tq kak wan

    1. nikahdithailand

      Terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan.Saya sangat hargai dan saya doakan semoga dipermudahkan urusan pengesahan nikah di Thailand di Malaysia.

    2. Trusted agen. Dari A-Z diuruskan oleh kakwan. Tempat tinggal yang selesa. Cepat dan lengkap. Apa yg ditawarkan,itu yg kita dapat.

        1. Zulina abdul aziz

          Alhmdulillah…syukur saya memilih pakej yg dsediakn oleh kk wan dgn btul…dr mula2 saya brhubung dgn kk wan,smpailah selamat mjlis nikah….semua nya memuaskan…trbaik dr kk wan dn suami….layanan ramah,hotel memuaskan dn servis cepat…semoga kk wan dmurahkan rezeki kerana memudahkan urusan prnikahan .

          1. nikahdithailand

            Syukran jazilan.Akan datang saya akan sediakan juga pakej siap daftar di Malaysia supaya dapat permudahkan urusan pendaftaran di Malaysia

  4. Terima kasih kepada Kak Wan. Sepanjang urusan pernikahan dipermudahkan. Akak dan Abg sngat memberikan layanan dengan sangat baik. Privacy juga dijamin dijaga dengan baik. Semoga Allah melancarkan urusan akak sekeluarga. Aminn

  5. Siti Fatimah binti ayob

    Alhmdullah dri HR pertama hingga hr kedua k.wan tolong sy dgn suami sampai selesai urusan tima ksih sgt2 k.wan kerana bagi servis yg baik UTK sy dan suami..siapa2 yg nak nikah di siam boleh pgi dgn agen k.wan servis terbaik dijaga smpi LA kta smpi di Malaysia ..tima ksih k.wan

  6. Salam kkwan dan suaminya
    Saya dgn suami menucpakan ribuan terima kasih sepanjang saya dan suami saya di Thailand /Songkhla dari hari pertama hingga selesai pengurusan pernikahan saya di sana segala2nya berjalan dgn lancar Alhamdullilah ..semua atas pengurusan kkwan dn suami nya.Sambutan dan layanan yg mesra yg kkwan beri pada kami the best #1 .. lnshaallah panjang umur murah rezeki kita jumpa lgi tak kan kami lupakan selamalama nya..saya doakan di permudahkan segala urusan yg kkwan dan suami…lalui..Amin

  7. Alhamdulillah…terbaik sekali servis yang diberikan…Sepanjang berurusan segala info,penerangan dan follow up dari Kak Wan amat memuaskan hati saya & suami….menepati masa serta bertepatan dengan pakej yang dimaklumkan…Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana menemukan dengan Kak Wan dan sangat membantu & menyelesaikan urusan saya ni dengan sempurnanya…Semoga Kak Wan sentiasa dalam Rahmat & Inayah Allah…Aamiin

  8. Alhamdulillah.servis terbaik. Terima kasih atas layanan mesra kak Wan dan suami. Segala penjelasan sangat jelas dan kak Wan guide dari awl sampai selesai nikah , daftar di konsulat dan collect sijil nikah di konsulat.Alhamdulillah trusted agent highly recommend Semoga kak Wan sekeluarga sentiasa dalam rahmat perlindungan Allah dan dimurahkan rezeki selalutq memudahkan urusan nikah di Thailand.Jazakallah Khairan katsira

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Terima kasih kembali diatas komen penghargaan yang diberikan. Semoga dipermudahkan urusan di Malaysia.

  9. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar service memang terbaik semua diuruskan daripada awal hingga habis tq

  10. Alhamdulillah..sgt memuaskan,jadual perjalanan yg sgt teratur,terima kasih kerana mempermudahkan urusan nikah kami, semoga bertambah rezeki kak wan sekeluarga kerana memudahkan urusan orang lain,terima kasih kak wan..salam

    1. Zainuddin Mohd zainal

      Alhamdulilah…sgt memuaskan segala perjalanan dan aturcara amat teratur. Terima kasih kerana permudahkan urusan pernikahan kami. Segala urusan Dari mula smpai selesai di terangkan dengan terperinci. Semoga murah rezeki kak wan. Terima kasih.

  11. Alhamdulillah, servis best . Terima kasih atas layanan mesra KakWan dan. Segala penjelasan sangat jelas dan kakwan guide dari awal sampai selesai nikah, daftar di konsulat dan collect sijil di konsulat. trusted agent and highly recommended. Kakwan makes it easy and fast.

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Terima kasih kembali atas komen penghargaan.Nanti kak wan akan hubungi Saad mir untuk maklumat tambahan pendaftaran di Malaysia

  12. Nordin bin lazim

    Salam kak wan..alhamdulillah dan trm ksh dari saya dan isteri atas keterangan dan layanan mesra kak wan dan suami yang memang terbaik. Perkhidmatan lengkap disediakan dari mula kami sampai hingga segalanya selesai dengan selamat. Kami doakan moga kak wan dan suami sentiasa dilimpahi rahmat kerana tugas membantu pasangan mendirikan rumahtangga..insya allah amin

  13. Alhamdulilah, segala urusan berjalan lancar. Terima Kasih ya Kak Wan and Abg Shah di atas servis yang tip top, telus dan straightforward.

    Semuanya mmg mantap and teratur . Dari bermulanya perjalanan sampai la urusan ni tamat. Saya mmg berpuas ati dan mmg recommended

  14. tq wan dan suami banyak permudahkan urusan kami.Trusted agen,alhmdllh berjalan lancar segalanya spt yang dijadualkan.Tempat penginapan yang strategik dan view yang sgt cantik dkwsn tu.Dokumen lengkap Alhmdllh.Till we meet again in syaa Allah.

      1. Sy sngt berpuashati dgn perkhidmatan yg kak Wan sediakan.dri awal hingga akhir MMG puas hati.mudah berurusan dgn kak wan.bilik hotel n pengangkutan yg sngt selesa.terima kasih pda kak Wan n Ang.

  15. Assalamualaikum
    Tq kak wan dan abg. Mmg service yang terbaik.menepati masa tak lambat biar pun seminit. Janji yg boleh dipercayai.alhamdulillah penginapan 5star yg sgt strategik,sgt selesa,yg bersih. Pakej kak wan dah macam 2in1. Nikah dan terus dah boleh honeymoon.mengaturan document yg sah serta lengkap juga.semoga kak wan dan abg terus berjaya dan membNtu mereka yg memerlukan serta diberkati usaha murni ni. Lazim dan isteri sgt berterima kasih atas kerjasama dan perkhidmatan yg kak wan dan abg bagi. Kami tak rasa macam orang luar langsung. Macam adik beradik mereka 2 ni layan kami. Tq again kak wan and abg

    1. nikahdithailand

      Wasalam. Sama-sama.Terima kasih kembali diatas komen penghargaan yang diberikan.Semoga dipermudahkan segala urusan

      1. Terima kasih kak wan & suami kerana memudahkan urusan perkahwinan sy dn pasangan di Thailand. Perkhidmatan yang diberikan memang terbaik. Alhamdulillah kmi sangat berpuasa hati.

  16. Alhamdulillah. Selesai akad nikah pada 21/03/2023. Terima kasih banyak kakwan dan suami. Layan vip dan servis tersangattt tiptop. Dari sampai ke balik, semua disambut dilayan oleh kakwan sendiri. Semoga Allah sentiasa melipat gandakan rezeki kakwan sekeluarga. InshaaAllah Aamiin ❤️

  17. ANISAH BINTI MODENI

    Terima kasih akak bantu saya dengan suami sampai selesai urusan…layanan sangat baik..apa yang best .akak berikan kami penginanpan yang sangat cantik selesa Dan bersih..pengangkutan yang sangat selesa untuk bawa kami selesaikan urusan kami disempadan. Terima kasih sangat..

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Terima kasih kembali diatas komen penghargaan daripada Puan. Semoga dipermudahkan urusan di Malaysia

      1. Zuraina Mat Ghani

        Terima kasih kak wan, permudahkan urusan kami, alhamdullilah kami berpuas hati kak wan, penginapan pon terbaik, layanan Dari pihak ke 2 Pon alhamdullilah kami betul2 berpuas hati .. Terima kasih lagi skli kak wan… Service kak wan mmg

  18. Alhamdulillah. terima kasih kak wan dan suami kerana membantu sy dn pasangan untuk urusan nikah di Thailand. Perkhidmatan yang diberikan terbaik dan lancar.

  19. Assalamualaikum
    Alhamdulillah………… For everything
    Good service kak Wan trusted agen friendly and helpful
    Nikah thailand
    Thank you kak Wan

  20. Abdul Aziz dan Roseminah.

    Alhamdullillah semua nya berjalan dengan lancar dengan izin Allah bermula hari pertama hingga akhir (pakge 2 hari 1 malam) saya dan isteri menguchapkan ribuan terima kaseh kepada kak Wan dan Sha perhidmatan yg sangat baik.

  21. Alhamdulillah. Urusan nikah selesai seperti yg dijanjikan dan diuruskan oleh Kak Wan dan suami sendiri.
    Tempat tinggal selesa dan dokumen diterima lengkap dan memudahkan urusan
    .

    1. Mohd Azizi bin bahudin

      Terima kasih kak Wan dan suami yang menguruskan pernikahan saya di Thailand servis memang tip top dan padu terima kasih sekali lagi kak Wan dan suami kerana membantu saya dan isteri saya

  22. Alhamdulillah urusan nikah selesai. Terima ksih atas pertolongan kak wan yg memudahkan urusan kami. Semoga dimudahkan rezki kak wan yg telah membantu ramai pasangan dan sgt2 clear tiap arahan yg disampaikan. Sebarang kemusykilan Kak Wan xpenat menjawabnya. Pakej yg terbaik ingtkan kahwin je, tapi sekli dapat duduk di hotel sperti bulan madu di tempat dan pantai yg cantik serta bnyk kemudahan disediakan. Dapat kenal psgn lain yg menghiburkan dan semuanya sempoi, walaupn xpernah kenal. Byk pengalaman yg dikongsi bersama. Walaupn demikian Kak Wan sgt2 menjaga privasi pelanggannya. Terbaik !

    1. nikahdithailand

      Terima kasih sgt2 kerana mempercayai perkhidmatan nikah yang kakwan uruskan di Thailand….dan terima kasih kerana sudi berkongsi sedikit pengalaman serta FEEDBACK PUAS HATI

  23. Fatin nurliana

    Sangat berpuas hati dgn servis kak wan. Agent yg memudahkan semua urusan. Byk info boleh dpt. Recomended. Ramah, tak kekok. Setiap soalan dpt jwpn yg puas hati. Tak rugi ambil servis kak wan. Seronok, selesa dan menyenangkan serta permudahkan urusan kami.

    1. nikahdithailand

      Alhamdulilah. Terima kasih diatas ulasan yang begitu baik tentang perkhidmatan saya. Saya amat bersyukur puan sangat berpuas hati diatas pengalaman nikah di Thailand yang puan kongsikan.Semoga dipermudahkan urusan.

      1. Syukur Alhamdulillah..segala urusan di permudahkan Allah..terima kasih kepada kak wan yang begitu baik dengan layanan yang mesra walaupun pertama kali berurusan dan bersua muka dengannya..segala urusan amat teratur dan cepat mengikut dalam jadual..penginapan dan pengangkutan sangat selesa.. moga Allah sentiasa murah kan rezeki kak wan sekeluarga.. InsyaAllah Aamiin..

        1. nikahdithailand

          Aamiin aamiin yrb alamin.Terima kasih jua diatas penghargaan yang telah diberikan. Saya amat menghargai dan semoga dipermudahkan segala urusan in syaa Allah

  24. Alhamdulilah.. Segala urusan nikah saya bersama suami di permudahkan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah kan wan dan suami berikan. AMIN

    1. nikahdithailand

      Alhamdulilah Terima kasih diatas maklum balas yang diberikan tentang perkhidmatan saya. Saya amat bersyukur puan sangat berpuas hati diatas pengalaman nikah di Thailand yang puan kongsikan tentang servis yang telah diberikan

  25. Alhamdulilah.. sangat recomended tuk sesiapa yang menghadapi masalah untuk berkahwin di Malaysia. Segala urusan nikah saya bersama suami di permudahkan. Wlaupon suami sya pda msa brlaku tdak blh brjlan dan mnggunakan tongkat. Servis yg kak wan beri kn kpda kami sgat bgus. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah kan wan dan suami berikan. Kak wan dan suami sangat membantu. AMIN

    1. nikahdithailand

      Terima kasih diatas ucapan yang diberikan. Kata-kata yang amat bermakna buat saga juga supaya saya terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang menggunakan khidmat nikah di Thailand bersama saya.

  26. Salam, kak wan adalah TRUST AGENT, segala urusan berjalan lancar, penerangan juga tepat, service pengangkutan dan penginapan juga terbaik dan selesa. RECOMMENDED

    1. nikahdithailand

      Wasalam. Terima kasih diatas kepercayaan dalam usaha memilih saya sebagai trusted agent. Semoga kepercayaan yang telah diberikan saya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. In syaa Allah

  27. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada kak wan yg bayak membantu menguruskan pernikahan saya dan pasangan.. Dari mula sampai datang ambik sy.. sampai lh nak masuk sempadan mmg tak ada masalah.. Kemudian transport yang selesa yang menepati masa.. Yang paling dihargai sangat tanya sampai balik.. Semoga kak wan dipermudahkan segala urusan sekeluarga.. Dan dimurahkan rezeki aminn yra

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Alhamdulilah Terima kasih diatas maklum balas yang begitu baik tentang perkhidmatan saya. Saya amat bersyukur tuan sangat berpuas hati diatas pengalaman nikah di Thailand yang tuan kongsikan tentang servis yang telah diberikan.Semoga dipermudahkan urusan

  28. Assalamualaikum , terima kasih kat kakwan dan suami, dan anak2 sentiasa menceriakan kami sepanjang perjalanan, friendly, dan memudahkan urusan kami.. sangat memudahkan kami.. terima kasih kakwan sekeluarga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top