Segala urusan pernikahan yang saya uruskan adalah mengikut hukum syarak Mahkamah syariah Malaysia dan konsulat/kedutaan Malaysia di Thailand dengan bukti-bukti dokumen nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Thailand,video/gambar nikah,wali bertauliah serta 2 orang saksi.
Sekiranya berlaku penafian keatas pernikahan yang telah dilangsungkan daripada Pejabat Agama itu sendiri disebabkan ada kepentingan individu tertentu saya tidak bertanggungjawab atas pernikahan yang dikatakan tidak sah.
Ini adalah kerana sijil yang dikeluarkan adalah sah dan ditandatangani oleh pihak berkuasa.
Selain itu saya tidak bertanggungjawab juga sekiranya segala maklumat yang diberikan oleh anda terutama tentang status anda tidak benar dalam urusan pernikahan di Thailand.
Segala pembayaran yang telah dibuat juga tidak ada pemulangan balik sekiranya urusan yang saya uruskan sudah selesai .
Ini adalah kerana segala kos-kos pernikahan telah dibayar semasa urusan perkahwinan termasuklah pengangkutan,upah pengurusan,penginapan,pengiklanan,pemasaran,bayaran pejabat agama dan konsulat.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi Nikahdithailand.net dengan menggunakan halaman http://nikahdithailand.net/contact-us-kawin-narathiwat/
Terma dan Syarat ini ditulis dan sah daripada 15 November 2022, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.