11 Cara Langkah Mudah Proses Daftar di Malaysia Dan Denda Nikah di Thailand

Terdapat 11 langkah mudah sebagai rujukan untuk daftarkan pernikahan di Thailand daftar di Malaysia.
Setelah selesai bernikah di Thailand kebiasaan nya anda akan mendapat 8 dokumen lengkap nikah di Thailand. Dokumen ini membolehkan pasangan suami isteri itu mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia.

Langkah-langkah untuk daftar nikah luar negara (Thailand) adalah seperti berikut; Untuk negeri-negeri selain pantai timur,

1. Pergi ke Mahkamah Syariah ikut negeri yang tertera di alamat kad pengenalan anda. Sebelum itu buat salinan untuk setiap dokumen nikah Thailand yang anda dapat semasa nikah itu hari ,untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.

2. Hantar permohonan nikah Siam anda di mahkamah syariah untuk mendapatkan tarikh bicara. Mahkamah akan tetapkan tarikh untuk hadir bicara (dalam masa 1 bulan).

3. Selepas itu Mahkamah akan meminta anda untuk membuat afidafit.Afidafit ini adalah lebih kepada penceritaan kronologi pernikahan anda semasa di Thailand samada anda buat sendiri borang berharga RM5 atau boleh minta panel peguam syarie di Mahkamah tersebut untuk buatkan upah RM250.

4. Setelah selesai afidavit bolehlah hantar  permohonan bersama dengan afidafit dan salinan dokumen kahwin Thailand ke Mahkamah untuk dapatkan tarikh sebutan kes.

5. Untuk sebutan kes ,Mahkamah akan bagi slip dimana anda perlu ikut tarikh yang diberi selepas 2 hingga 3 minggu.Tarikh ini juga atas persetujuan daripada pasangan suami isteri itu sendiri semasa pihak Mahkamah memberi cadangan tarikh-tarikh yang sesuai untuk hadir ke Mahkamah.Sekiranya tidak hadir kemungkinan kes akan ditangguhkan atau dibatalkan maka akan menyukarkan proses pendaftaran anda untuk mohon sekali lagi.

6. Dalam proses sebutan kes terdapat soalan-soalan mudah yang akan ditanya kepada kedua-dua pasangan daripada tuan hakim contohnya bila tarikh nikah,di mana tempat nikah dan berapa mas kawin?

7. Selepas mendapat tarikh sebutan pasangan suami isteri perlu hadir perbicaraan pada tarikh yang telah dipersetujui. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula bagi mendengar keputusan (dalam masa 1 bulan)

8. Suami isteri perlu hadir untuk mendengar keputusan hakim. Di sini, hakim akan mengesahkan pernikahan Thailand tersebut dan disini juga terdapat denda atau tiada denda yang perlu dibayar.Sekiranya terdapat denda yang perlu dibayar hakim akan putuskan berapa jumlah denda yang perlu dibayar.Dari pemantauan saya ada terdapat bayaran denda yang tidak membebankan ,ada yang RM300 kadang ada sehingga RM1000 atau kadang ada juga yang tiada denda tertakluk kepada budi bicara hakim itu sendiri dan pada masa yang sama boleh membuat rayuan keatas denda yang telah dikenakan.Denda ini adalah disebabkan kesalahan bernikah di luar negara.

9. Setelah keputusan yang akan diberi, hakim akan mengesahkan perkahwinan Thailand tersebut . Selepas hakim memutuskan perkahwinan di Thailand itu adalah sah, mahkamah akan keluarkan surat perintah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan tersebut.

10. Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan bayaran Rm8.00 dan bawa ke pejabat agama daerah untuk daftar nikah.Perintah Mahkamah adalah surat dari Mahkamah yang mengatakan perkawinan Siam itu adalah sah mengikut hukum nikah di Thailand.

11. Akhir sekali isi borang daftar nikah luar negara yang telah disediakan oleh pejabat agama daerah di negeri masing-masing di Malaysia dalam tempoh sebulan salah seorang pasangan suami atau isteri perlu datang semula ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah dan kad nikah Malaysia .Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah.

Di sini saya lampirkan contoh-contoh sijil nikah Malaysia yang telah berjaya didaftarkan.Ikuti langkah-langkah yang disenaraikan supaya ins syaa Allah saya doakan anda berjaya mendaftarkan nikah Songkhla anda di Malaysia.

Di ingatkan selepas daftar nikah di thailand sila segera daftar nikah di Malaysia, sumber daripada Astro Awani melalui pautan link ini [Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand]

Segala maklumat diatas adalah tertakluk pada negeri atau daerah masing-masing. Maklumat lanjut akan diberikan semasa urusan nikah di Thailand menggunakan khidmat saya.

kahwin thailand-Sijil Nikah Daftar Malaysia
kahwin thailand-Surat Pengesahan Nikah Daftar Malaysia
kahwin thailand-Kad Kahwin Daftar Malaysia (front)
kahwin thailand-Kad Kahwin Daftar Malaysia (back)
(Visited 817 times, 8 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top