Hukum nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali
1.Pernikahan sah mengikut rukun nikah.
2.Perkahwinan yang lebih dua marhalah iaitu 96 kilometer dari jarak wali nasab.
3.Mahkamah syariah membenarkan perkahwinan seorang perempuan itu berkahwin atas alasan hukum syarak di tempat dia bermastautin.
4.Pernikahan di Thailand itu hendaklah dilakukan oleh wali hakim(jurunikah)yang diiktiraf bagi wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim(jurunikah)
(Perkahwinan di Thailand itu TIDAK SAH sekiranya Wali Hakim(jurunikah) menikahkan pasangan suami isteri di dalam negara Malaysia menggunakan Imam dari Thailand.Ini adalah kerana pertauliahan kadi atau jurunikah tersebut hanya sah di wilayah Thailand yang ditauliahkan sahaja ).
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah(96 kilometer)adalah sah menurut mazhab Al-Syafie
Hukum nikah gantung/khitbah
Hukum nikah gantung adalah sah selagi menepati 5 rukun nikah iaitu suami, isteri, saksi, wali dan akad(ijab qabul). Bicara tentang wali ,sekiranya tiada wali nasab bersama semasa akad nikah,wali itu hendaklah wali tauliah dari Majlis Agama Islam wilayah di Thailand.
Antara syarat menggunakan wali tauliah seorang bakal isteri hendaklah berjarak 2 marhalah bersamaan 96km dari wali nasab.
Perkawinan di Thailand itu juga hendaklah dilakukan di pejabat agama di Thailand supaya perkawinan Thailand itu sah dan diiktiraf.
Ada jabatan yang mengesahkan perkawinan Siam di Thailand iaitu pejabat konsulat/kedutaan Malaysia di Songkhla.Peranan konsulat/kedutaan Malaysia adalah untuk memastikan sesebuah pernikahan di Thailand tersebut mengikut hukum syarak dari JAKIM.
Biasanya nikah khitbah jurunikah(kadi bertauliah) akan menikahkan pasangan lelaki dan perempuan tetapi tidak diizinkan bersama atas sebab tertentu yang dibenarkan syarak berdasarkan kemampuan pasangan melaksanakan tanggungjawab.
Nikah gantung bolehlah diistilahkan nikah khitbah seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menikahi Aisyah RA.
Perkara ini dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi Muhammad apabila ia berumur sembilan tahun.”
Ini bukanlah tujuan asal nikah, al-jamu’ iaitu kumpul atau bersama lelaki dan perempuan sebagai suami dan isteri.
Sebagaimana sedia maklum, perkahwinan adalah tanggungjawab antara suami isteri.
Sebagai contoh, suami perlu memberi mahar kepada isterinya, selagi tidak diberikan mahar kepada isterinya maka isteri mempunyai hak untuk melarang suaminya menyetubuhinya.
Nikah gantung menyebabkan tanggungjawab suami tidak menjadi berat. Antara tujuan nikah gantung ialah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dihalalkan oleh suami isteri kecuali berjimak.
Namun jika terlanjur pula, tidak menjadi salah atau berdosa. Berbanding mereka yang semata-mata bertunang, pasti berdosa ketika keluar berdua-duaan. Wallahualam.
Lain-lain rujukan anda boleh layari salah satu rujukan saya
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-256 : NIKAH SIAM TANPA WALI MUJBIR
Selain itu saya juga ada buat perkongsian tentang sah ke tak nikah di Thailand?
Jika ada sebarang kemusyikilan bolehlah berhubung dengan saya terus ditalian 0193768436 Puan Wan atau sila tinggalkan komen dibawah , Ins Syaa Allah saya akan cuba menjawab segala yang terungkai lebih-lebih lagi dari terjebak dengan nikah sindiket .
Alhamdulillah..Semua brjln dgn baik, service yg baik,Penginapan hotel yg baik dan selesa..Sy byk2 brtrima ksih pda kak wan dan abg sbb prmudahkan urusan sy dan suami..Lyanan kak wan dan abg pada kami sgt2 baik.,Semoga Allah prmudahKan sgla urusan kak wan dan abg..
Alhamdulilah.Sama-sama dan terima kasih kembali. Semoga dipermudahkan urusan daftar di Malaysia.
Alhamdullilah sangat memuaskan terbaik
Terima kasih puan
Alhamdulillah khimat yg terbaik & memudahkn
Alhamdulilah terima kasih
Alhamdulillah selamat sudah saya dan isteri mendirikan masjid dgn bantuan khidmat kakwan yg terbukti trusted menjalankan amanah. Sy bersyukur memilih kakwan menguruskan pernikahan kami suami isteri. Segala urusan di jalan kan dgn tatacara yg benar dan di uruskan dgn baik oleh kakwan. Doa sy mudahan kakwan di murahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah dlm menjalankan amanah. Terima kasih yg tak terhingga dari saya dan pasangan buat kakwan.
Alhamdulilah serta semoga dipermudahkan urusan di Malaysia
Alhamdulillah selesai dh urusan nikah di thailand saya dh pi ok ja trusted
Alhamdulilah. Terima kasih
Alhmdulillah..trusted agent..segala urusan kaki dipermudahkan dan segala urusan diuruskan dari A-Z..
Alhmdulillah..trusted agent..segala urusan kami dipermudahkn dan urusan diuruskan dri A-Z..
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih