Hukum nikah di Thailand | Jauhi Nikah Sindiket Sijil Palsu

Hukum nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali

Hukum nikah di Thailand

1.Pernikahan sah mengikut rukun nikah.

2.Perkahwinan yang lebih dua marhalah iaitu 96 kilometer dari jarak wali nasab.

3.Mahkamah syariah membenarkan perkahwinan seorang perempuan itu berkahwin atas alasan hukum syarak  di tempat dia bermastautin.

4.Pernikahan di Thailand itu hendaklah dilakukan oleh wali hakim(jurunikah)yang diiktiraf bagi wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim(jurunikah)

(Perkahwinan di Thailand itu TIDAK SAH sekiranya Wali Hakim(jurunikah) menikahkan pasangan suami isteri di dalam negara Malaysia menggunakan Imam dari Thailand.Ini adalah kerana pertauliahan kadi atau jurunikah tersebut hanya sah di wilayah Thailand yang ditauliahkan sahaja ).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah(96 kilometer)adalah sah menurut mazhab Al-Syafie

Hukum nikah gantung/khitbah

Hukum nikah gantung adalah sah selagi menepati 5 rukun nikah iaitu suami, isteri, saksi, wali dan akad(ijab qabul). Bicara tentang wali ,sekiranya tiada wali nasab bersama semasa akad nikah Thailand,wali itu hendaklah wali tauliah dari Majlis Agama Islam wilayah di Thailand.

Antara syarat menggunakan wali tauliah seorang bakal isteri hendaklah berjarak 2 marhalah bersamaan 96km daripada wali nasab.

Perkawinan di Thailand itu juga hendaklah dilakukan di pejabat agama di Thailand supaya perkawinan Thailand itu sah dan diiktiraf.

Ada jabatan yang mengesahkan perkawinan Siam di Thailand iaitu pejabat konsulat/kedutaan Malaysia di Songkhla.Peranan konsulat/kedutaan Malaysia adalah untuk memastikan sesebuah pernikahan di Thailand tersebut mengikut hukum syarak dari JAKIM.

Biasanya nikah khitbah jurunikah(kadi bertauliah) akan menikahkan pasangan lelaki dan perempuan tetapi tidak diizinkan bersama atas sebab tertentu yang dibenarkan syarak berdasarkan kemampuan pasangan melaksanakan tanggungjawab.

Nikah gantung bolehlah diistilahkan nikah khitbah seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menikahi Aisyah RA.

Perkara ini dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi Muhammad apabila ia berumur sembilan tahun.”

Ini bukanlah tujuan asal nikah, al-jamu’ iaitu kumpul atau bersama lelaki dan perempuan sebagai suami dan isteri.

Sebagaimana sedia maklum, perkahwinan adalah tanggungjawab antara suami isteri.

Sebagai contoh, suami perlu memberi mahar kepada isterinya, selagi tidak diberikan mahar kepada isterinya maka isteri mempunyai hak untuk melarang suaminya menyetubuhinya.

Nikah gantung menyebabkan tanggungjawab suami tidak menjadi berat. Antara tujuan nikah gantung ialah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dihalalkan oleh suami isteri kecuali berjimak.

Namun jika terlanjur pula, tidak menjadi salah atau berdosa. Berbanding mereka yang semata-mata bertunang, pasti berdosa ketika keluar berdua-duaan. Wallahualam.

Lain-lain rujukan anda boleh layari salah satu rujukan saya

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-256 : NIKAH SIAM TANPA WALI MUJBIR

Selain itu saya juga ada buat perkongsian tentang sah atau tidak nikah di Thailand?

Sah Ke Nikah Di Thailand ? 

Jika ada sebarang kemusyikilan bolehlah berhubung dengan saya terus ditalian 0193768436 Puan Wan atau sila tinggalkan komen dibawah , Ins Syaa Allah saya akan menjawab segala yang terungkai lebih-lebih lagi anda perlu berhati-hati dengan SCAMMER FAIZ&ROS yang semakin mengganas dan mempunyai tenaga kerja seramai 6 orang antaranya samseng dan drug addict. 

(Visited 5,515 times, 2 visits today)

41 thoughts on “Hukum nikah di Thailand | Jauhi Nikah Sindiket Sijil Palsu”

  1. Alhamdulillah..Semua brjln dgn baik, service yg baik,Penginapan hotel yg baik dan selesa..Sy byk2 brtrima ksih pda kak wan dan abg sbb prmudahkan urusan sy dan suami..Lyanan kak wan dan abg pada kami sgt2 baik.,Semoga Allah prmudahKan sgla urusan kak wan dan abg..

    1. Alhamdulillah semua dah selesai.
      Kak Wan beri servis yg terbaik. Urusan dibuat tanpa lengah2 dan berjalan lancar.
      Urusan transport pun tepat pada waktu.
      Tak perlu risau tentang dokumentasi sebab kak wan uruskan semua.
      Terima kasih sebab kak wan ikut sekali sampai urusan selesai dan siap bagi taklimat.

      1. nikahdithailand

        Sama-sama dan terima kasih juga ya kerana memilih Kak Wan untuk menguruskan perkahwinan Siam anda serta memberikan komen yang terbaik.

  2. Alhamdulillah selamat sudah saya dan isteri mendirikan masjid dgn bantuan khidmat kakwan yg terbukti trusted menjalankan amanah. Sy bersyukur memilih kakwan menguruskan pernikahan kami suami isteri. Segala urusan di jalan kan dgn tatacara yg benar dan di uruskan dgn baik oleh kakwan. Doa sy mudahan kakwan di murahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah dlm menjalankan amanah. Terima kasih yg tak terhingga dari saya dan pasangan buat kakwan.

  3. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan pantas.Servis yang sangat baik dan sentiasa ada untuk membimbing kami apabila terdapat kekeliruan dalam hal ini. Sangat komited dan ikhlas dalam membantu. Bagus untuk pasangan yang mempunyai masalah untuk bernikah di Malaysia.Terima Kasih Kakwan.Semoga dipermudahkan segala urusan

    1. nikahdithailand

      Terima kasih ya berkongsi review untuk memberi keyakinan kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan nikah siam daripada Kak Wan

  4. Tq kak wan….urusan yang sangat mudah…masa yg diuruskan sangat bagus Dan tepat.X perlu tunggu lama….Terima kasih to kak wan n husband

  5. Alhamdullilah…selesai sudah pernikahan yg diuruskan oleh kak wan dan staff2 nya…
    urusan dipermudahkn mula2 rasa was2 takut scammer….
    dipermudahkn segala urusan kita pun tak pening kepala..

    terima kasih banyak2 kak wan…
    nnti ada yg bertanya ttg pernikahan di Thailand kita akan rekomen kan khidmat kak wan.

    1. nikahdithailand

      Sama-sama dan Scammer tu hanya Scammer faiz scam harga murah supaya pasangan terjebak dan scam tidak urus sendiri menggunakan khidmat samseng jalanan abg long fadzil

    1. nikahdithailand

      Terima kasih ya kerana memilih Kak Wan bagi menguruskan kahwin Siam tetapi sila hati-hati kepada anda semua sebab SCAMMER FAIZ&ROS kembali aktif setelah lama menghilangkan diri dek kerana buat konsulat terbang konsulat satu hari dengan pasangan.

  6. Terima kasih kakwan sebab dah mudahkan urusan saya & family . Servis memang terbaik . Dari urusan nikah sampai urusan bawak kami berjalan service sewa kenderaan semua bagus . Sesiapa yg ada masalah urusan nikah di malaysia boleh cari kakwan . Sebab service sangat cepat

    1. nikahdithailand

      Bernikah semula di Malaysia kemungkinan pasangan tu nak halalkan hubungan mereka dahulu dengan bernikah di Thailand

  7. assalamualaikum kak wan . terima kasih banyak dah permudahkan urusan saya dengan pasangan semoga allah membalas jasa baik kak wan dan keluarga . alhamdulillah selama di thailand sangat senang dan mudah berurusan, dengan pakej dan kemudahan yang disediakan sangat2 lah saya dan pasangan berpuas hati .

    1. nikahdithailand

      Wasalam. Sama-sama dan terima kasih kembali diatas maklum balas puas hati yang diberikan. Semoga dipermudahkan segala urusan in syaa Allah

  8. Alhamdulillah saya dan suami selamat bernikah dengan bantuan kakWan. Setiap urusan kakWan bimbing sampai selesai dan jawab setiap persoalan klien dengan baik. Penginapan dan kenderaan yang disediakan pun sangat selesa. Rasa macam pergi pakej percutian pun ya. Terima kasih kakWan untuk perkhidmatan nikah Thailand yang sangat berpatutan. Sangat bersyukur dipertemukan dengan KakWan.

    Semoga urusan kakWan sentiasa dipermudahkan dan bahagia selalu.

  9. assalamualaikum kak wan . terima kasih banyak dah permudahkan urusan saya dengan pasangan semoga allah membalas jasa baik kak wan dan keluarga . alhamdulillah selama di thailand sangat senang dan mudah berurusan, dengan pakej dan kemudahan yang disediakan sangat2 lah saya dan pasangan berpuas hati .
    thorrbaikkkk

  10. Assalamualaikum sya and suami ingin mgucapkan ribu terima kepada kak wan and team sebab mbantu urusan saya dan suami.. Dari a smpai z

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top