Terdapat 11 langkah mudah sebagai rujukan untuk daftarkan kahwin di Thailand anda untuk didaftarkan di Malaysia.
Setelah selesai berkahwin di Thailand kebiasaannya anda akan dapat 8 dokumen lengkap nikah di Thailand. Pastikan tidak terpedaya dengan FAIZ&ROS SCAMMER yang tidak menguruskan pasangan nikah di Thailand dan menjanjikan pelbagai tawaran hebat, supaya syarat nikah di Thailand anda sah serta tiada masalah untuk daftar di Malaysia. Maklumat terkini adik ipar Faiz Scammer iaitu Arief kembali aktif dalam bidang https://nikahdithailand.net/sindiket-sijil-nikah-thailand-palsu/
Langkah-langkah untuk daftar nikah luar negara (Thailand) adalah seperti berikut; Untuk negeri-negeri selain pantai timur,
Cara Pertama(Secara Buat Sendiri)
1. Pergi ke Mahkamah Syariah ikut negeri yang tertera di alamat kad pengenalan anda. Sebelum itu buat salinan untuk setiap dokumen nikah Thailand yang anda dapat semasa nikah itu hari ,untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.
2. Hantar permohonan nikah Siam anda di mahkamah syariah untuk mendapatkan tarikh bicara. Mahkamah akan tetapkan tarikh untuk hadir bicara (dalam masa 1 bulan).
3. Selepas itu Mahkamah akan meminta anda untuk membuat afidafit. Afidafit ini adalah lebih kepada penceritaan kronologi pernikahan anda semasa di Thailand samada anda buat sendiri borang berharga RM5 atau boleh minta panel peguam syarie di Mahkamah tersebut untuk buatkan upah RM250.
4. Setelah selesai afidavit bolehlah hantar permohonan bersama dengan afidafit dan salinan dokumen kahwin Thailand ke Mahkamah untuk dapatkan tarikh sebutan kes.
5. Untuk sebutan kes , Mahkamah akan bagi slip dimana anda perlu ikut tarikh yang diberi selepas 2 hingga 3 minggu. Tarikh ini juga atas persetujuan daripada pasangan suami isteri itu sendiri semasa pihak Mahkamah memberi cadangan tarikh-tarikh yang sesuai untuk hadir ke Mahkamah. Sekiranya tidak hadir kemungkinan kes akan ditangguhkan atau dibatalkan maka akan menyukarkan proses pendaftaran anda untuk mohon sekali lagi.
6. Dalam proses sebutan kes terdapat soalan-soalan mudah yang akan ditanya kepada kedua-dua pasangan daripada tuan hakim contohnya bila tarikh nikah,di mana tempat nikah dan berapa mas kawin?
7. Selepas mendapat tarikh sebutan pasangan suami isteri perlu hadir perbicaraan pada tarikh yang telah dipersetujui. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula bagi mendengar keputusan (dalam masa 1 bulan)
8. Suami isteri perlu hadir untuk mendengar keputusan hakim. Di sini, hakim akan mengesahkan pernikahan Thailand tersebut dan disini juga terdapat denda atau tiada denda yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat denda yang perlu dibayar hakim akan putuskan berapa jumlah denda yang perlu dibayar. Dari pemantauan saya ada terdapat bayaran denda yang tidak membebankan ,ada yang RM300 kadang ada sehingga RM1000 atau kadang ada juga yang tiada denda tertakluk kepada budi bicara hakim itu sendiri dan pada masa yang sama boleh membuat rayuan keatas denda yang telah dikenakan. Denda ini adalah disebabkan kesalahan bernikah di luar negara tanpa kebenaran.
9. Setelah keputusan yang akan diberi, hakim akan mengesahkan perkahwinan Thailand tersebut . Selepas hakim memutuskan kahwin di Thailand tersebut adalah sah, mahkamah akan keluarkan surat perintah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan tersebut.
10. Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan bayaran Rm8.00 dan bawa ke pejabat agama daerah untuk ddaftakan nikah di Thailand anda. Perintah Mahkamah adalah surat dari Mahkamah yang mengatakan perkahwinan Siam itu adalah sah mengikut hukum nikah di Thailand.
11. Akhir sekali isi borang daftar nikah luar negara yang telah disediakan oleh pejabat agama daerah di negeri masing-masing di Malaysia dalam tempoh sebulan dimana salah seorang pasangan suami atau isteri perlu datang semula ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah dan kad nikah Malaysia .Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah.
Cara Kedua[Bantuan Peguam Syarie)
Proses pendaftaran anda akan dibantu oleh peguam syarie yang anda lantik cumanya ada bayaran guaman untuk naik turun Mahkamah.
Alternatif lain saya juga ada menyediakan khidmat daftar dimana khas untuk yang mengambil pakej nikah di Thailand dengan saya sahaja. Pendaftaran melalui saya agak lebih mudah.
Diingatkan selepas daftar nikah di Thailand sila segera daftar nikah di Malaysia, sumber daripada Astro Awani melalui pautan link ini [Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand]
Segala maklumat diatas adalah tertakluk pada negeri atau daerah masing-masing. Maklumat lanjut akan diberikan semasa anda mengikuti pakej nikah di Thailand yang menggunakan khidmat saya dan bagi yang tidak menggunakan khidmat saya disebabkan terpedaya yang kononnya penurunan dari harga asal oleh penunggang nikah sindiket , saya minta maaf banyak-banyak saya tidak dapat membantu sebabnya anda telah terperangkap dengan penunggang nikah sindiket.
Ciri-Ciri Kos Kahwin Di Thailand Yang Scam
1. Memperdaya tentang kos sebenar
Penunggang nikah sindiket ini yang biasa korang dapat nombor faiz di Google itu telah membuat pecahan di laman websitenya tentang kos sebenar bagi memperdayakan pasangan setelah terbongkarnya kegiatan sindiket yang dilakukan oleh adik iparnya sendiri iaitu ARIEF. Kebiasaannya kos akan berubah-ubah sekitar RM1200-RM1800. Disebabkan anda rasa terlalu teruja untuk kahwin lari di Thailand dan kebetulan dapat mencari kos bajet yang murah akhirnya masalah untuk daftar di Malaysia.
2. Memperdaya menerusi wasap atau panggilan telefon
Mereka ini adalah daripada kelompok penunggang nikah sindiket yang sudah keterlaluan
KENALI KELOMPOK PENUNGGANG NIKAH SINDIKET.KLIK SINI
3. Profil dan personaliti imej nampak alim
Mungkin anda pernah deal dengan individu yang bernama faiz pernah menyamar sebagai bekas pegawai JAKIM bagi mengaburi anda untuk rasa berminat untuk menggunakan perkhidmatan penunggang nikah sindiket ini. Hati-hati dalam berurusan, anda sanggup ke urusan nikah diuruskan dengan seperti ini dalam menghalalkan hubungan anda.
4. Menawarkan bayaran selepas nikah
Untuk makluman tiada istilah pembayaran selepas nikah untuk urusan di pejabat agama, pengesahan konsulat mahupun hotel penginapan. Sekiranya anda dapat tawaran sebegitu bermakna anda telah diperdaya oleh penunggang nikah sindiket. Elakkan dari terperangkap dan terjerat
5. Pakej yang kononnya penurunan kos kahwin di Thailand dari yang asal
Apa yang menyebabkan penunggang nikah sindiket menurunkan kos kahwin di Thailand dari kos asal. Ini disebabkan nama dah busuk tentang penyamaran bekas pegawai JAKIM dan pembongkaran kegiatan nikah sindiket yang dilakukan oleh adik iparnya. Sebagai kesimpulan anda datang dari jauh anda sanggup ke pernikahan anda diuruskan oleh penunggang nikah sindiket.
6. Konsulat pos
Penunggang nikah sindiket ada menawarkan konsulat pos sama ada penyerahan sijil nikah dahulu pada hari pertama setelah itu waktu serahan akan diposkan kononnya untuk permudahkan urusan. Jangan terpedaya penawaran sebegitu kerana pengesahan konsulat yang anda akan dapat adalah dokumen palsu. Jangan terlalu teruja untuk mudah sehingga tidak ambil peduli dengan peringatan ini.
Disini juga saya sertakan sekali link review daripada klien yang telah menggunakan khidmat saya sebagai rujukan supaya anda yakin dengan khidmat yang saya berikan. Sila klik link dibawah :
Perkara Penting Kahwin di Thailand Yang Anda Perlu Tahu
Di sini saya lampirkan contoh-contoh sijil nikah Malaysia yang telah berjaya didaftarkan. Ikuti langkah-langkah yang disenaraikan supaya ins syaa Allah saya doakan anda berjaya mendaftarkan nikah Songkhla anda di Malaysia.
Assalamualaikum,syukur pada Allah dipertemukan dengan kak wan dan bukan orang yang salah..Dari awal perkahwinan hingga pendaftaran perkahwinan di malaysia semua diuruskan oleh kak wan.Saya dan suami ucapKan terima kasih banyak2 pada kak wan dan abg sebab memudahkan segala urusan saya dari A sampai Z..Saya doakan kak wan dan abg dipermudahkan segala urusan dalam membantu pasangan lain..
Terima kasih kak Wan mudah kan urusan kami menghalalkan hubungan yg sah . Saya dan pasangan amat ² berpuas hati dengan servis kakwan dan suami kakwan . Hotel selesa dan cantik . Semoga Allah permudahkan segala urusan kakwan dan suami ya. Kakwan memang Agent yang boleh dipercayai memang mudah berurusan dengan kakwan . Layanan terhadap saya dan pasangan Pon memang tip top sangat . Moga Allah permudahkan segala urusan kakwan dan suami semoga sentiasa maju jaya .
Sama-sama dan terima kasih kembali diatas ucapan penghargaan yang diberikan ,ya saya utamakan hotel yang selesa
Terima kasih byk2 Kakwan atas bantuannya dlm mempermudahkan urusan pendaftaran perkahwinan sy di Malaysia. Tak perlu sy susah payah naik turun mahkamah dan dlm tempoh masa yg sekejap, dah selesai pendaftaran di Malaysia Legally dan valid… siap dpt kad Kahwin Asli lg… Jazakallah khair.. Allah swt sje yg dpt membalas jasa Kak Wan srkeluarga
Alhamdulilah, Sama-sama dan terima kasih kembali kerana masih menggunakan khidmat saya dalam urusan pendaftaran di Malaysia.
Assalamualaikum,boleh tahu berapa bajet utk nikah di thailand ya?
Wasalam. Sila http://www.wasap.my/60193768436 sini ya untuk maklumat lanjut
Salam macm mana yaa kalau kes poligami ?
Wasalam. Untuk kes poligami saya cadangkan untuk bernikah di Thailand
Alhamdulillah Dengan sijil nikah dari thailand, permohonan untuk spouse visa Di Ireland Di terima, saya ingin mengucapkan ribuan terima Kasih pada kak wan dan suami atas pertolongan dan khidmat yang Di berikan.
Ya Sama-sama semoga dipermudahkan segala urusan. Inn syaa Allah
Alhamdulillah Dengan sijil nikah dari thailand, permohonan untuk spouse visa Di Ireland Di terima, saya ingin mengucapkan ribuan terima Kasih pada kak wan dan suami atas pertolongan dan khidmat yang Di berikan.
Yarhamukallah, Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberi update terkini semoga dipermudahkan urusan seterusnya. Inn syaa Allah
Proses yg mudah dan tak merumitkan.
Alhamdulilah, terima kasih
Sy dari melaka.bernikah di yala tahun lepas Dan baru nk buat pendaftaran di mahkamah tp mahkamah tolak oermohonan kami sbb takde surat konsulat.yg lain semua Dan lengkap.mereka minta Sy ke Thailand semula Dan dapatkan surat konsulat.skg macam mana ya.kos peguam pula mahal
Masa nikah masuk Thailand chop passport ke
Assalamualaikum… alhamdulillah syukur….sijil nikah dah siap…terima kasih banyak2 kak Wan kerana permudahkan urusan saya dan suami…semoga allah merahmati kak Wan serta keluarga….
Alhamdulillah syukur allah swt pertemukan saya dengan kak wan. Dari ijab qabul sampai ke daftar nikah kak wan semua yg uruskan. Mudah sangat. Terimakasih kak wan, semoga kak wan & family selalu sihat, selalu dalam lindungan allah. Thankyou sebab kak wan dah mempermudah urusan banyak orang aamiin
Yarhamukallah. Sama-sama dan terima kasih kembali diatas kata-kata semangat yang sangat bermakna buat Kak Wan supaya Kak Wan terus memerangi nikah sindiket. Kelompok penunggang nikah sindiket ini juga sedang bergiat aktif membuat posting tuduhan liar keatas Kak Wan kerana berang dengan pembongkaran nikah sindiket yang kak wan sedang perangi
Assalamualaikum kak wan syukur Alhamdulillah kerana banyak membantu dalam urusan kami suami isteri Dari mula hingga akhir.Urusan daftar pun berjalan lancar yg keseluruhan diuruskan oleh kak wan,sijil nikah dah siap…terima kasih banyak2 kak Wan kerana permudahkan kami..Semoga allah merahmati kak Wan serta keluarga.
#Urusan tip top oleh Kak wan Dari mula smpai la DPT kad nikah,mmg rekomen sesape yg nk dapatkan perkhidmatan Dari kak wan..
Alhamdulillah,
Selama berurusan dengan Kak Wan, segala urusan berjalan lancar dan di permudahkan Allah swt dari mula pernikahan hingga akhir urusan pendaftaran perkahwinan di Malaysia.
Terima kasih Kak Wan, kerana banyak membantu.
Fully recommended.
Sama-sama. Alhamdulilah dapat selesai urusan pendaftaran
Bagaimana ya klu nikah di Thailand tp nk daftar di Malaysia isteri tk mahu bgi dokemen untuk daftar.. contoh surat nikah Thai
Surat konsulat kedutaan Malaysia..
Adakah dgn report polis boleh di bawa ke makamah
Biasanya mahkamah akan minta yang salinan kalau ada
Assalamualaikum kak wan, saya nak tanya kalau untuk perempuan yang menetap di negeri lain dari negeri kelahiran, adakah perlu untuk daftarkan di negeri kelahiran juga ?
Wasalam. Seeloknya ikut alamat ic suami atau isteri
Assalamualaikum kak wan, saya nak tanya kalau nak daftar nikah dekat malaysia ikut alamat suami atau isteri ?
Wasalam. Mana2 boleh yang mudah
Syukur sgt2 berurusan dg K.Wan…semua urusan di permudah kan.dari mula nk Nikah sampai ke Nikah di Thailand.dan sekarang dah pon siap K.Wan daftar kan Nikah kami di Malaysia.Terimakasih byk2 K.Wan dah mudah kan urusan kami.K.wan Bag pahlawan yg selamat kan keluarga kami.masa dpn anak kami.tanpa bantuan k.wan xboleh bayangkan nasib anak2 kami kelak.Doa kami semoga K.Wan dan Abg sentiasa sihat murah rizqi panjang umur.Amin3x…pakej Nikah dg K.Wan memang Resmi Sahih dan Terbaik.Manis Di Mulut 100% manis di hati.
Alhamdulillah selesai sudah proses nikah dan sijil nikah Malaysia kita..terima kasih kak Wan menyediakan servis nikah dan daftar nikah yang memudahkan urusan kita…hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kak Wan .. InshaAllah murah rezeki kak Wan sekeluarga..
Alhamdulillah. Many thanks to Kak Wan and the team for facilitating a very easy and stress free marriage process for us from the start to the end. Kak Wan was very welcoming and warm and made us feel very at ease and comfortable during the process which we feel would have been stressful without her, especially as I am not Malaysian but was marrying a Malaysian citizen. Thank you for everything you did for us, we would definitely recommend your excellent services to anyone needing so in the future.
Many thanks to you also for giving a good complimentary review and thanks to both of you again for choosing us
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah.
Thank you kak wan dan suami mudahkan urusan kami semua urusan berjalan lancar dan mudah, sangat teratur prosesnye, apa yg kak wan janjikan itu yg kak wan tunaikan. Moga Allah mudahkan juga urusan kak wan dan suami sbb mudahkan urusan kami2 pernikahan yg penuh privacy dan memahami kehendak client
Welcome, jutaan terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan
Terima kasih kak wan memudahkan urusan pernikahan kami dari mula hingga selesai…budi dan jasa kak wan hanya tuhan yg dapat membalasnya…
Kami sangat selesa berurusan dgn kak wan..
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberikan review
Alhamdulillah proses nikah dan dokumen2 sangat lancar..Easy and straightforward..Kak Wan dan suami sangat baik dan sentiasa sedia membantu..Sangat puas hati dan akan totally recommend pada siapa2 yang perlukan bantuan nikah..
Ya terima kasih kembali diatas komen terbaik
Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan. Terima kasih kepada kak wan & team kerana berjaya membantu kami dengan lancar sekali.
Sama-sama dan terima kasih kembali diatas review yang diberikan
Syukur Alhamdulillah selesai semuanya dengan lancar sekali. Terima kasih pada kak wan dan team telah banyak membantu bagi memudahkan perjalanan pernikahan kami di sini.
Sama-sama dan terima kasih kembali diatas review yang diberikan
Terima kasih kak wan kerana memudahkan urusan nikah saya dan pasangan.Straight to the point,mudah dan selesa untuk berurusan.Alhamdulillah urusan semua selesai dan seperti yang dijanjikan .
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memilih perkhidmatan daripada saya
Alhamdulillah..sijil pendaftaran nikah Malaysia sudah diterima dari Kak Wan…. Saya lantik Kak Wan uruskan pernikahan dan juga pendaftaran di Malaysia. Kak Wan sangat professional dan telus dalam perkhidmatan beliau. 100% trusted agent.
Terima kasih kerana mempercayai dan memilih perkhidmatan daripada saya
Assalamualaikum wbt Kak Wan..
Alhamdulillah, selesai sudah urusan kami dari proses nikah sehingga daftar d Malaysia. Segala penerangan jelas dan follow je whatever kak wan cakap ye. Alhamdulillah, daftar malaysia pun sebulan setengah lebih je. Trusted & highly recommended.
Wasalam dan terima kasih kembali diatas review terbaik yang diberikan
Alhamdulillah tuhan mempermudahkan segala urusan kami dan tuhan mempertemukan kami dengan kak wan,layanan yang baik perkhidmatan untuk menginap disana pun terbaik,insyallah dipermudahkan segala urusan semuanya
Terima kasih kerana memberi komen yang terbaik
Service terbaik!!!trima kasih kakwan!
Sama-sama daripada Kak Wan
Assalamualaikum kak wan
Sy nak ucap ribuan terima kasih….selesai urusan nikah di sana dgn kerjasama kak wan… Sgala urusan di uruskan seperti yg di kata bukan omong kosong…betul2 memuaskan….syukur alhamdullillah segalanye kak wan uruskan dgn perhikmatan terbaik..syukur sgt2 terima kasih byk Dr sy Dan suami…trusted agent
Wasalam, sama-sama dan terima kasih kembali . Ya itulah perkhidmatan kahwin di Thailand daripada kak wan maksud disini anda berurusan dengan Kak Wan dari wasap hinggalah urusan perkahwinan bukannya jumpa sekejap di CTC lepas tu lepas tangan seperti mereka yang terkena dengan faiz scammer.
assalam..saya ada persoalan .Saya nikah di songkhla tahun 2017..sebulan kemudian saya dan pasangan buat pendaftaran di Malaysia ikut negeri saya di pejabat agama. saya sudah lengkap sediakan semua salinan dokumen dan berjumpa pegawai yang handle isu nikah di luar negara.pegawai tersebut memberi borang kecil mungkin untuk perbicaraan tapi saya tidak dapat sebarang makluman.saya ada juga Cuba follow-up dengan menghubungi pejabat pegawai tetapi tidak dapat jawapan..sekarang sudah 2024,saya fikir mahi daftarkan semula pernikahan saya ini.adakah masih valid?
Ya masih valid dan anda guna ejen mana masa nikah dulu
Alhamdulilah,,Terbaik urusan dengan kak wan, mudah pantas segala urusan berjalan lancar kos pon sangat perpatutan saya sangat recommend untuk sapa yang nak urus nikah di Thailand teroma kasih kak wan dan team
Ya kos nikah di Thailand tu sangat berpatutan memandangkan dengan mata wang yang semakin merundum.Jangan terpedaya dengan kos murah yang ditawarkan oleh SCAMMER FAIZ&ROS yang tiada kualiti akhirnya masalah nak daftar Malaysia.
Alhamdulillah.. terima kasih kakwan diatas urusan nikah di thailand. Dokumen semua lengkap untuk dibawa balik ke malaysia. Sekarang tengah uruskan pendaftaran di Malaysia. Terima kasih banyak2 kakwan. Tempat penginapan di sana pun selesa sangat2. Berpatutan dengan harga pakej yang ditawarkan 2 hari 1 malam.
Sama-sama dan terima kasih kembali, semoga dipermudahkan urusan daftar di Malaysia.
Alhamdulillah.. Urusan daftar d malaysia pn dh selesai.. Tq kak wan memudahkan urusna kami.. Recommended.. Dr urusan nikah sampai urusan daftar nikah di Malaysia mmg amek dgn kak wan je..
Sama-sama dan terima kasih kembali trusted dalam urusan a-z
Alhamdulillah… Terima kasih kak wan atas urusan pernikahan disana.. semuanya teratur Dan berjln lancar. Tempat penginapan amat selesa Dan memuaskan kami.. layanan memang terbaik Dr kak wan Dan suami. Semoga Allah permudahkan segala urusan kak wan Dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Sama-sama dan terima kasih kembali daripada Kak Wan kerana memilih perkhidmatan nikah di Thailand dari kak wan.
Alhamdulillah terima kasih kakwan , proses semua cepat & mudah sekejap je . Tahu tahu dah siap je
Dari awal berurusan dengan kakwan memang terbaik ❤️❤️❤️❤️
Terima kasih diatas review seperti ini supaya dapat memberikan keyakinan kepada pasangan yang belum bernikah tidak terpedaya dengan scam harga murah
alhamdulillah, pernikahan kami dilaksanakan dengan mudah atas pertolongan kakwan dan juga izin allah swt.
proses pendaftaran juga sangat dipermudah kan.
respond dari pihak kakwan juga sangat baik.
Terima kasih ya kerana memberi review yang terbaik dan memilih kak wan sebagai ejen nikah di Thailand anda
Alhamdulillah.. Kak Wan, sijil dan kad nikah saya sudah pun sampai, terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan pasangan.. segala pengorbanan Kak Wan dan Suami hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.. Saya bersyukur sangat kerana segala urusan berjalan lancar.. perasaan gembira tidak terhingga.. terima kasih sekali lagi dari saya dan pasangan..
Sama-sama alhamdulilah dan terima kasih kembali kerana memberikan review terbaik kepada Kak Wan
Terima kasih kak wan..
Servis terbaik trusted
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberikan review yang terbaik
Alhamdulillah…perkhidmatan yang sangat cemerlang dan dipercayai…ta kak wan..semoga allah murahkan rezeki…amin…
Alhamdulillah terima kasih kak wan permudahkan urusan kami
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberikan review terhadap perkhidmatan nikah thai daripada saya
Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan atas izinNya Terima kasih pihak kak wan kerana sudi membantu menguruskan urusan kami dari sebelum kahwin hingga urusan pendaftarn di malaysia.semoga kak wan dan sekeluarga dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada kak wan di atas pengurusan pernikahan saya dan pasangan di Thailand. Mudah berurusan dan Agen yang boleh dipercayai.
Sama-sama dan trusted ejen ini adalah penting untuk urusan daftar di Malaysia kelak
Terima kasih kepada kak wan di atas pengurusan pernikahan saya dan pasangan di Thailand. Agen yang boleh dipercayai dan mudah berurusan.
Alhamdulilah, Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberikan review kepada kak wan
Terima kasih kepada kak wan di atas pengurusan pernikahan saya dan pasangan di Thailand. Agen yang boleh dipercayai dan mudah berurusan.
Sama-sama tapi masih lagi pasangan yang percaya dengan scammer faiz kemungkinan terpedaya dengan profil barunya iaitu bersama anak-anak yang baru menang hak perebutan dengan bekas bini
Alhamdulillah dh terima kad nikah dari Kak Wan selasa baru ni, 2/7/2024.
Amik masa skit utk siap daftar kt malaysia.
Terima kasih kak wan dan suami tlg kami uruskan pernikahan di Thailand dan pendaftaran di malaysia.
Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Wan dan suami.
Sama-sama, ya lambat sikit urusan daftar Malaysia ni sebab sabotaj dari kelompok malaun scammer faiz
Alhamdullillah….Kak Wan adalah ejen yang telus dalam pengurusan daripada akad nikah hingga ke pendaftaran di Malaysia. Walaupun urusan pengeluaran kad nikah agak lambat tapi itu adalah masalah di pihak Pejabat Agama Malaysia dan Kak Wan tak putus2 membuat follow up dengan pihak tersebut.
Alhamdulillah Kak Wan akan uruskan penghantaran kad nikah saya dalam beberapi hari lagi.
“MOST RECOMMENDED AND TRUSTED AGENT”
Terima kasih Kak Wan
Sama-sama dan terima kasih kembali. Ya ada kelewatan sikit dari segi kad harap bersabar ya
Alhamdulillah dipertemukan dengan kak wan..
Dari nikah hingga daftar nikah..agen yg boleh dipercayai..
Terima kasih byk² kak wan..
Alhamdulilah, Sama-sama dan terima kasih kembali kerana memberikan ucapan penghargaan dan kepercayaan kepada Kak Wan sehingga kehari ini. Trusted penting untuk membina hubungan yang baik dengan klien.
Alhamdulillah dh terima kad nikah dari Kak Wan shari ni, 13/8/2024.
Terima kasih kak wan dan suami tlg kami uruskan pernikahan di Thailand dan pendaftaran di malaysia.
Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Wan dan suami.
Kak Wan seorang ejen yg bertanggungjawab dan akan pastikan urusan selesai semuanya…
Alhamdulillah dh terima kad nikah dari Kak Wan.
Terima kasih kak wan dan suami tlg kami uruskan pernikahan di Thailand dan pendaftaran di Malaysia.. Trusted ejen dan recommended..
Sama-sama dan terima kasih kerana terus bagi trusted kepada kak wan dengan memberikan review
Terima kasih Kak Wan mempermudahkan urusan saya dan pasangan, dari hari pernikahan hingga ke urusan pendaftaran di Malaysia. Walaupun haritu ada isu sedikit namun Alhamdulillah Kak Wan berusaha mempercepatkan supaya urusan semua berjalan lancar. Sekarang hanya menunggu kad nikah sampai saja. Privacy semua terjamin Insyallah.
Sama-sama dan terima kasih kembali diatas review yang diberikan
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Wan atas servis yang sgt baik untuk semua urusan pernikahan, proses pendaftaran di Malaysia. Alhamdulillah semuanya sangat mudah. Tq Kak Wan
Ya Sama-sama alhamdulilah dan terima kasih kembali diatas kepercayaan yang diberikan.
Alhamdulillah semua selesai dengan baik bawah kak wan…terima kasih kak wan atas urusan yg sanagt sempurna.Pakej boleh dipercayai..semoga allah murahkan rezeki kak wan.
terima kasih k.wan..permudahkan urusan kmi..pakej yg sempurna..urusan diluar n didalam Malaysia dh selesai..cuma tunggu kad nikah ja..
Kad nikah masih dalam tunggu giliran disebabkan mesin kad agak terhad pengeluarannya
assalammualaikum puan,maaf bertanya,saya balu kematian suami,sya hendak berkhawin semula,tapi sya tiada surat nikah malaysia,sya ada surat nikah thailan,sy bernikah pada tahun 2004 dan dah mempunyai 3 orng ank.jika saya hendak menikah semula,adakah sy perlu tukar surat nikah thailan ke surat nikah malaysia,walaupun ada sijil kematian suami.
Wasalam, boleh http://www.wasap.my/60193768436 saya
Alhamdulilah selesai semuanya dr proses nikah sehingga daftar sijil di malaysia..terima kak wan byk tlg kami dr saat kami nyaris di scam,call kak wan last minute ttap kak wan tlg kami selesaikan urusan kami…Allah sahaja dpt balas jasa baik kak wan…sekali lg kak wan..mmg superb service2 yg kak wan dan abg provide pada kami..dr urusan nikah/fasalities di thailand hinggalah ke urusan daftar sijil nikah di malaysia..terima kasih kak wan
Sama-sama dan terima kasih kembali, hati-hati dengan mastermind scammer faiz mempunyai 6 orang yang berkerja dengannya dan licik dengan recommend ejen lain untuk menguruskan nikah pada hal mereka daripada kelompok yang penunggang nikah sindiket sijil palsu .
https://nikahdithailand.net/sindiket-sijil-nikah-thailand-palsu/
Alhamdulillah…segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Puan Wan atas servis yg diberikan. Bermula dari urusan pernikahan sehingga urusan pendaftaran di Malaysia, semua di uruskan oleh Puan Wan dengan baik. Kami tidak perlu bersusah payah turun naik pejabat agama, segalanya di uruskan oleh pihak Puan Wan.
Syukran ,terima kasih kembali diatas komen review terbaik yang diberikan