7 Sebab Kahwin Lari Di Thailand | Nikah Siam

Ramai yang bertanya apa yang menyebabkan ramai pasangan ambil keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan seterusnya ambil keputusan nikah Siam?

Disini saya kongsikan 7 sebab pasangan kahwin lari di Thailand antaranya:

 

1. Wali ayah tidak merestui pilihan pasangan anak perempuannya lalu mereka ambil keputusan untuk kahwin lari

2. Kewangan masih belum mencukupi untuk melangsungkan majlis perkahwinan 

3. Kesedaran untuk menghalalkan hubungan terlebih dahulu dari berlakunya kemaksiatan berdua-duaan

4. Masalah pasangan warga asing yang sukar untuk uruskan kahwin di Malaysia 

5. Poligami iaitu seorang lelaki yang hendak berkahwin lebih dari satu

6. Seorang mualaf yang ingin merahsiakan perkahwinannya dari keluarga.

7. Masalah seorang anak perempuan tiada sijil nikah ibubapanya

Walaupun pelbagai sebab yang dinyatakan mengapa sesebuah pasangan itu kahwin lari di Thailand paling penting sekali hati-hati dengan penunggang nikah sindiket  yang sanggup melakukan pelbagai cara bentuk pernikahan tanpa mengira sah atau tidak sesebuah perkahwinan tu lagi-lagi yang menikah di Malaysia lepas itu sijil palsu Thailand. 

Untuk makluman segala pertanyaan atau urusan tentang daftar malaysia tidak akan dilayan atau saya tak buat sekiranya tidak menggunakan khidmat saya semasa urusan nikah di Thailand

Peringatan saya disini, pasangan hendaklah pastikan nikah siam itu mestilah sah dari segi hukum syarak. 

Janganlah menganggap kahwin Thailand ini seperti nikah koboi sampai terjebak dengan penunggang nikah sindiket dengan buat sijil backdated,nikah online atau dengan lebih tepat sijil palsu.Sampai satu tahap ada menganggap penunggang ni okay tidak ambil deposit atau byr lepas nikah.Untuk pengetahuan ramai juga agen yang tidak ambil deposit. Ini bukan soal ambil deposit atau tidak. Isunya anda hendak membuat perkara yang baik iaitu menghalalkan hubungan tetapi anda sanggup ke urusan nikah diuruskan oleh penunggang nikah sindiket? Itu sahaja,kalau sanggup teruskan dek kerana terpaut dengan tawaran harga lebih murah yang diberikan.

 

Pokok pangkal disini kalau harga murah semestinya kualiti out.

Perkahwinan di Thailand itu hendaklah membuat secara betul iaitu pernikahan itu mestilah disahkan oleh pihak berwajib seperti pejabat Agama Islam Thailand dan konsulat Malaysia jangan fikir setiap maklamat boleh menghalalkan cara sehingga susah kemudian hari.

Macam-macam cara juga penunggang nikah sindiket mempromosikan pernikahan di Thailand. Apa yang menarik, anda akan terperangkap disebabkan tawaran-tawaran hebat yang diberikan. Semestinya akan ada masalah kemudian hari disebabkan perkhidmatan yang tidak diuruskan.

Untuk makluman saya utamakan privasi dan saya membawa kesemua Majlis Agama Islam di selatan Thailand yang lebih privasi maksudnya tidak menjadi tumpuan ramai sehingga perkahwinan anda akan dibuat sebagai content oleh orang-orang yang tidak dikenali di tik tok dan paling penting keutamaan saya tidak perlu menunggu giliran iaitu antaranya Majlis Agama Islam Satun akan tetapi sekiranya anda lebih berminat ke Masjid Songkhla saya tiada masalah untuk ke sana seperti juga resit pembayaran dan perjanjian saya akan beri atas permintaan.Kalau juga menjadi kegusaran bolehlah layari https://nikahdithailand.net/perkara-penting-kahwin-di-thailand-yang-anda-perlu-tahu/ untuk lihat pelbagai review diruangan komen bawah sekali.

Apabila bernikah ditempat bukan tumpuan orang ramai bolehlah kita fokus untuk aliran daftar Malaysia sebab ini menjadi cabaran bagi semua pasangan kerana daftar Malaysia ini anda kena buat sendiri sewaktu di Malaysia atau melalui saya pun boleh.

Untuk pengetahuan di selatan Thailand terdapat 5 majlis agama islam yang diiktiraf.

Sebagai makluman yang perlu anda faham penunggang ini akan mengeluarkan pelbagai taktik untuk memainkan sentimen kegusaran kepada anda sedangkan dimana jua anda nikah ,pengesahan nikah tetap di konsulat malaysia di Songkhla .

 

Dengan pengalaman 10 tahun dalam industri nikah Thailand mana mungkin saya tidak membawa anda ke Majlis Agama Islam Thailand. Alhamdulilah saya juga mempunyai rekod cemerlang review(sila lihat diruangan komen di link ini) yang diberikan oleh pasangan yang bernikah menggunakan khimat saya dan mereka semua telah memberi review yang terbaik kepada saya.

Nasihat saya hati-hatilah dengan  konsulat palsu pos yang kononnya hendak permudahkan urusan anda hakikatnya surat pengesahan konsulat yang orang lain wakilkan itu tidak diiktiraf oleh pihak Konsulat. Metafora yang saya boleh kongsikan boleh ke mykad atau passport orang lain ambilkan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan maklumat nikah di Thailand. Jika ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah hubungi di talian 019-3768436 atau masih ragu-ragu bolehlah tinjau diruangan komen https://nikahdithailand.net/perkara-penting-kahwin-di-thailand-yang-anda-perlu-tahu/ bagi mereka yang telah menggunakan perkhidmatan daripada Kak Wan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top