Ramai yang bertanya apa yang menyebabkan ramai pasangan ambil keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan seterusnya ambil keputusan nikah Siam?
Disini saya kongsikan 7 sebab pasangan kahwin lari di Thailand antaranya:
1. Wali ayah tidak merestui pilihan pasangan anak perempuannya lalu mereka ambil keputusan untuk kahwin lari
2. Kewangan masih belum mencukupi untuk melangsungkan majlis perkahwinan
3. Kesedaran untuk menghalalkan hubungan terlebih dahulu dari berlakunya kemaksiatan berdua-duaan
4. Masalah pasangan warga asing yang sukar untuk uruskan kahwin di Malaysia
5. Poligami iaitu seorang lelaki yang hendak berkahwin lebih dari satu
6. Seorang mualaf yang ingin merahsiakan perkahwinannya dari keluarga.
7. Masalah seorang anak perempuan tiada sijil nikah ibubapanya
Walaupun pelbagai sebab yang dinyatakan mengapa sesebuah pasangan itu kahwin lari di Thailand paling penting sekali hati-hati dengan penunggang nikah sindiket agen faiz(abg ipar kepada pelaku nikah sindiket nama mungkin anda biasa dengar silap-silap anda dah deal dah pun) yang sanggup melakukan pelbagai cara bentuk pernikahan tanpa mengira sah atau tidak sesebuah perkahwinan tu lagi-lagi yang menikah di Malaysia lepas itu sijil palsu Thailand.
Peringatan saya Disini, pasangan hendaklah pastikan nikah siam itu mestilah sah dari segi hukum syarak.
Janganlah menganggap kahwin Thailand ini seperti nikah koboi sampai terjebak dengan penunggang nikah sindiket dengan buat sijil backdated,nikah online atau dengan lebih tepat sijil palsu.Sampai satu tahap ada menganggap penunggang ni okay tidak ambil deposit .Untuk pengetahuan ramai juga agen yang tidak ambil deposit. Ini bukan soal ambil deposit atau tidak. Isunya anda hendak membuat perkara yang baik iaitu menghalalkan hubungan tetapi anda sanggup ke urusan nikah diuruskan oleh penunggang nikah sindiket? Itu sahaja,kalau sanggup teruskan dek kerana terpaut dengan tawaran harga lebih murah yang diberikan.
Pokok pangkal disini kalau harga murah semestinya kualiti out.
Perkahwinan di Thailand itu hendaklah membuat secara betul iaitu pernikahan itu mestilah disahkan oleh pihak berwajib seperti pejabat Agama Islam Thailand dan konsulat Malaysia jangan fikir setiap maklamat boleh menghalalkan cara sehingga susah kemudian hari.
Macam-macam cara juga penunggang nikah sindiket mempromosikan pernikahan di Thailand ini antaranya letak profil bekas JAKIM dan scam harga murah yang berubah-ubah erti kata lain harga tak tetap mengikut pada philosophynya bukan mencari keuntungan semata-mata. Apa yang menarik, anda akan terperangkap disebabkan tawaran-tawaran hebat yang diberikan. Semestinya akan ada masalah kemudian hari disebabkan perkhidmatan yang tidak diuruskan.
Tuduhan liar penyamar bekas pegawai JAKIM @ ketua penunggang nikah sindiket ini mengatakan saya tidak membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Songkhla adalah tidak betul . Untuk makluman saya utamakan privasi dan saya membawa kesemua Majlis Agama Islam di selatan Thailand yang lebih privasi maksudnya tidak menjadi tumpuan ramai sehingga perkahwinan anda akan dibuat sebagai content oleh orang-orang yang tidak dikenali ditik tok dan paling penting keutamaan saya tidak perlu menunggu giliran iaitu antaranya Majlis Agama Islam Satun akan tetapi sekiranya anda lebih berminat ke Masjid Songkhla saya tiada masalah untuk ke sana seperti juga resit pembayaran dan perjanjian saya akan beri atas permintaan.Kalau juga menjadi kegusaran bolehlah layari https://nikahdithailand.net/perkara-penting-kahwin-di-thailand-yang-anda-perlu-tahu/ .Jangan disebabkan penunggang nikah sindiket ini gagal dari segi pengurusan masa untuk hadir ke konsulat dengan masa yang telah ditetapkan untuk serahan lalu menuduh saya tidak membawa pasangan ke Songkhla.
Apabila bernikah ditempat bukan tumpuan orang ramai bolehlah kita fokus untuk aliran daftar Malaysia sebab ini menjadi cabaran bagi semua pasangan kerana daftar Malaysia ini anda kena buat sendiri sewaktu di Malaysia.
Untuk pengetahuan di selatan Thailand terdapat 5 majlis agama islam yang diiktiraf. Disebabkan adik ipar kepada penunggang nikah sindiket ada kes pemalsuan sijil di Satun sebab tu dia terkandas untuk membawa pasangan di Majlis agama islam tersebut dan tohmahan terhadap saya tidak membawa pasangan nikah ke tempat yang betul.
Sebagai makluman yang perlu anda faham penunggang ini akan mengeluarkan pelbagai taktik untuk memainkan sentimen kegusaran kepada anda sedangkan dimana jua anda nikah ,pengesahan nikah tetap di konsulat malaysia di Songkhla .
Dengan pengalaman 10 tahun dalam industri nikah Thailand mana mungkin saya tidak membawa anda ke Majlis Agama Islam Thailand. Alhamdulilah saya juga mempunyai rekod cemerlang review(sila lihat diruangan komen di link ini) yang diberikan oleh pasangan yang bernikah menggunakan khimat saya dan mereka semua telah memberi review yang terbaik kepada saya.
Nasihat saya hati-hatilah dengan penunggang ini .Pelbagai tawaran seperti harga lebih murah dengan menyatakan kos-kos tertentu dan bayaran penuh selepas nikah bagi menarik minat anda semua malah menawarkan konsulat palsu pos yang kononnya hendak permudahkan urusan anda hakikatnya anda hendak membuat perkara baik menghalalkan hubungan tetapi diuruskan oleh penunggang nikah sindiket.
Peringatan saya lagi sekali jangan terpedaya dengan scam harga murah,bayaran selepas nikah serta penampilan imej alim yang dipaparkan malah konsulat palsu pun boleh diposkan.Mesti diingat seseorang itu kalau nak scam akan paparkan pelbagai cara bagi tujuan mengaburi keperibadian yang sebenar.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan maklumat nikah di Thailand. Jika ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah hubungi di talian 019-3768436 atau masih ragu-ragu bolehlah tinjau diruangan komen https://nikahdithailand.net/perkara-penting-kahwin-di-thailand-yang-anda-perlu-tahu/ bagi mereka yang telah menggunakan perkhidmatan daripada Kak Wan.