Pasangan Islam di Malaysia memilih kawin siam
terutama kawin di siam,kerana halangan atau tidak direstui oleh keluarga pasangan dan tidak dapat kebenaran daripada isteri pertama untuk berkahwin lagi.
Peringatan yang penting pasangan yang hendak berkahwin hendaklah memastikan bahawa mereka mengikuti semua langkah prosedur perkahwinan dengan betul,
Process Berkawin Di Siam / Thailand:
Dengan kata lain bagi melengkapkan proses kawin di Siam, pasangan seharusnya memilih ejen kawin Siam yang berpengalaman dan segala tunjuk ajar akan diberikan semasa proses pendaftaran di Malaysia.
supaya pihak pejabat agama di Malaysia akan menghubungi agen tersebut sebagai rujukan.
Langkah-langkah perlu dipatuhi berkahwin secara sah adalah:
Pasangan ini hendaklah melalui imigresen di Thailand secara sah.Dari pejabat imigresen,
segera pergi ke Majlis Agama Islam Thailand bagi melangsungkan kawin siam mereka.
Selepas itu , mereka akan ke Pejabat Konsulat bagi mendapatkan surat pengesahan kawin Siam.
Apabila surat pengesahan konsulat diterima, pasangan tersebut boleh mendaftarkan pernikahan mereka
di Mahkamah Syariah bagi mengesahkan kawin siam yang telah diakad nikahkan di negara Thailand .
Pasangan tersebut hendaklah mendapatkan surat perintah pengesahan dari Mahkamah Syariah supaya
pihak pendaftar dari pejabat Agama Islam Daerah dapat mengeluarkan sijil dan kad nikah Malaysia.
Justeru bagi perkahwinan diterima secara sah di Malaysia,
pastikan pasangan hendaklah memastikan bahawa surat pengesahan perintah mahkamah dikeluarkan oleh
Mahkamah Syariah di negeri masing-masing untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.
Ini perlu ditekankan dengan lebih mendalam sekiranya perkahwinan itu dapat didaftarkan ini dapat menjamin masa depan anak supaya boleh dinasabkan kepada ayahnya .
Sebagai kesimpulan dokumen yang perlu untuk proses berkawin di siam ialah salinan kad pengenalan dan surat perceraian asal (bagi perempuan sekiranya pernah berkahwin)
Antara perkara penting ketika berkawin di siam:•
Perkahwinan itu hendaklah diakad nikahkan oleh imam atau imam yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa agama Islam komuniti atau diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Thailand.
untuk lawatan lebih terperinci di:http://nikahdithailand.net/