Perkahwinan Siam

Pasangan Islam  di Malaysia dilihat memilih untuk berkahwin di luar negara, terutama di Thailand, kerana halangan atau tidak direstui oleh keluarga pasangan dan tidak dapat kebenaran daripada isteri pertama untuk berkahwin lagi. Pasangan yang hendak berkahwin hendaklah memastikan bahawa mereka mengikuti semua langkah proses perkahwinan dengan betul, agar perkahwinan mereka boleh didaftarkan di Malaysia melalui agen yang berdaftar nikahdithailand.net

Proses berkahwin di Siam / Thailand:

Untuk melengkapkan proses untuk berkahwin di Siam, pasangan Malaysia hendaklah memilih  agen yang berpengalaman supaya pihak pejabat agama di Malaysia boleh menghubungi agen tersebut sebagai rujukan. Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk berkahwin secara sah adalah:

  1. Pasangan ini hendaklah melakui imigresen di Thailand secara sah.
  2. Dari pejabat imigresen, segera pergi ke Majlis Agama Islam Thailand untuk menlangsungkan perkahwinan mereka.
  3. Selepas itu, mereka perlu ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan nikah Siam.
  4. Apabila surat pengesahan diterima, pada keesokkan harinya pasangan tersebut boleh mendaftarkan pernikahan di Mahkamah Syariah di Malaysia untuk mengesahkan perkahwinan yang telah diakadnikahkan di negara Thailand . Sekiranya pasangan itu berkahwin buat kali pertama, mereka akan menyelesaikan perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah. Dalam hal poligami, mereka menjalani prosiding  lengkap di Mahkamah Tinggi Syariah.
  5. Pasangan tersebut hendaklah mendapatkan surat perintah pengesahan nikah dari Mahkamah supaya pihak pendaftar dari pejabat Agama Islam Daerah dapat mengeluarkan sijil dan kad nikah di Malaysia.

Walaupun prosese  perkahwinan boleh disiapkan dalam satu hari, tetapi surat pengesahan dari Konsulat Malaysia akan mengambil masa 2hari bekerja. Bagi perkahwinan yang diterima secara sah di Malaysia, pasangan itu hendaklah memastikan bahawa surat pengesahan dan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah masing-masing digunakan untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Ini perlu ditekankan dengan lebih mendalam kerana pendaftaran perkahwinan tersebut di Malaysia akan memberi pasangan itu status yang sudah berkahwin di negara ini selain  anak dapat dinasabkan kepada ayah kandungannya.
Dokumen yang perlu untuk  proses perkahwinan ialah:

1. Kad pengenalan

2. Pas sempadan atau pasport Antarabangsa

3. Surat perisytiharan Islam (dalam hal Maulaf i.e., jika satu dalam pasangan itu bukan Muslim)

4. Surat perceraian asal (sekiranya perceraian sedang berkahwin semula)

5. Sijil kematian bekas suami (jika seorang balu hendak berkahwin).

Syarat utama yang perlu diingat ketika berkahwin di Thailand:

• Memastikan perkahwinan itu diakadnikahkan oleh imam atau imam yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa agama Islam komuniti atau diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

• Pasangan itu mungkin dikehendaki membayar denda di mahkamah Syariah sekiranya tidak menepati kriteria oleh yang arif.

• Pasangan itu juga perlu membayar harga nikah yang telah ditetapkan oleh agen  nikahdithailand.net untuk urusan di Majlis Agama Islam Thailand dan Pejabat Konsulat . Jika semua langkah yang dinyatakan di atas  telah dikuti  dengan lancar, pasangan itu akan dianggap sebagai akan berjaya daftar di Malaysia.

untuk lawatan lebih terperinci di:https://nikahdithailand.net/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *