Nikah Di Thailand | Nikah Di Thailand 2023

Bakal pasangan suami isteri yang berhajat untuk nikah di Thailand bolehlah merencanakan pernikahan di Thailand dengan sebaik-baiknya.

Contoh persiapan yang boleh dilakukan terlebih dahulu sila rujuk laman nikah di Songkhla, antaranya adalah pasport bagi kedua-dua pasangan memandangkan pintu sempadan telah dibuka sepenuhnya pada Julai 2022 yang lepas.

Kini kemasukkan ke Thailand tidaklah begitu sukar berbanding dulu contohnya keperluan untuk mengistiharkan dua dos vaksin melalui aplikasi mysejahtera.

Bagi pasangan suami isteri yang sudah mempunyai perancangan untuk bernikah di Thailand bolehlah layari laman web saya di nikahdithailand.net untuk melihat pelbagai pakej -pakej yang disediakan.

Saya Puan Wan semestinya ejen nikah Thailand yang bertauliah dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam menjadi agen nikah siam.

Seperti sedia maklum diam tak diam kita semua telah lalui liku-liku sukar pahit getir dalam waktu pendemik sebelum ini.

Ada yang melalui waktu sukar sehingga kehilangan kerja dan sehinggakan hendak berkahwin pun menjadi salah satu rintangan.

Mana taknya nak buat majlis kahwin kat Malaysia banyak kali ditangguhkan sebab PKP tetapi ada diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk kahwin Thailand.

Ramai menganggap nikah di sempadan Thailand tak dapat dijalankan sebab semua pintu sempadan tutup ketat-ketat tapi ramai juga yang tak tau beribu pasangan yang bernikah di sempadan waktu PKP.

Baik, Ini bahagian yang paling menarik yang mungkin ramai orang nak dengar.

Macam mana kahwin di Thailand sedangkan pintu sempadan tutup?

Bunyi nampak menarik tapi nak nikah ibarat irama lagu kumpulan Slam ‘tuhan saja yang tau, perasaanku berperang dengan suasana’ mana takya pasangan dua sejoli kena menaiki sampan untuk menyeberang ke sempadan.

Ada juga yang berfikir buat apalah susah-susah nak naik sampan, ingat senang nak naik sampan bagi yang seram sejuk mesti takut, air sungai dalam kot, kahwin kat Rantau Panjang je kan senang. Walaupun stigma kawin lari hukum nikah di Thailand tetap kena jaga bang.

Yang membolehkan sesebuah perkahwinan Thailand itu sah disisi hukum syarak wali tauliah hanya boleh menikahkan di sempadan Siam sahaja.

Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, mereka yang bernikah di Thailand waktu PKP ramai yang dapat daftar nikah di Malaysia tetapi nak dijadikan cerita yang tak daftar pun ramai juga sebab suka menangguh.

Apabila lambat daftar susah kemudian hari banyak tambahan kerja yang kena buat.

Mungkin ada kemusyikilan macam mana daftar,senang je jawapannya lepas kawin Thailand terus daftar,bermakna mereka daftar waktu PKP dan waktu tu, alhamdulilah Pejabat Agama Malaysia terima dan memudahkan urusan pendaftaran di Malaysia.

Ini yang selepas PKP baru nak daftar dan sempadan pula dah buka untuk urusan konsulat memang kirim salam kalau nak daftar Malaysia.Mana takya perkawinan Siam hendaklah disahkan dahulu di Pejabat Konsulat/Kedutaan Malaysia.

Seribu kali sayang tapi nak buat macam mana prosedur tetap kena ikut.Nak mengesahkan pernikahan Thailand bukanlah suatu perkara yang mudah,mereka yang dah berkahwin di Thailand tu hendaklah ke Majlis Agama Islam Narathiwat untuk dapatkan surat kuning ori.

Manalah tau surat kuning tak asli lepas tu apabila nak dapatkan yang asli dikatanya pihak daripada Majlis Agama Narathiwat perkahwinan  Thailand tu tak sah.

Pasangan yang bernikah di Thailand ini pula percaya bulat-bulat lepas tu berkahwinlah semula. Secara logiknya pernikahan mereka tu sah malah ada rekod tapi disebabkan ada kepentingan pihak tertentu dalam Majlis Agama tu sendiri jadilah tak sah.

Gila kawin Thailand masa PKP tak sah .Beribu pasangan yang dah berkahwin di Thailand.Sijil semua yang tulen bukan palsu.Imam pun imam tauliah lantikan dari Majlis Agama Islam Narathiwat dan sijil nikah di Thailand ditanda tangani oleh YDP.

Bila perkara dah heboh semua perkawinan Siam masa PKP jadi tak sah. Kami nak membantu menghalalkan hubungan alih-alih jadi macam ini. Penyelesaiannya ramai pasangan yang menikah di Thailand masa PKP nak taknak kena nikah semula untuk dapatkan dokumen yang lengkap setelah itu barulah urusan daftar di Malaysia pula.

Jangan segan silu boleh juga rujuk dengan kami sebagai agen yang bertauliah selok belok nikah siam ni. Sebagai kesimpulan dari penceritaan ini sebelum nak berkahwin di Thailand rujuklah dahulu dari ejen nikah di Thailand yang bertauliah seperti kami.

Itu sahaja perkongsian dari saya Puan Wan, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda mendapatkan maklumat nikah di Thailand. Jika ingin menggunakan perkhidmatan saya sila hubungi di talian 019-3768436 atau layari pakej nikah di Thailand yang kami tawarkan.

nikah di Thailand 2023
(Visited 468 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Nikah Di Thailand | Nikah Di Thailand 2023”

  1. Terima kasih kak wan…untok urusan pernihkan kamidaya dan isteri dengan besar hati bahagia akhirnya kite dapat nikah…dan semua urusan dari hotel ke pernikahan dan balik semua dipermudaan ngan lancar….terima kasih kakwan……….

    1. nikahdithailand

      Sama-sama.Terima kasih kembali kepada anda kerana memberi komen tentang kepuasan servis yang telah saya berikan

  2. Alhamdulillah..semuanya berjalan dgn lancar…terima kasih kak wan Dan suami kerana byk membantu…byk beri tunjuk ajar mcmne nak daftar kat Malaysia…servis terbaik harga mmg x mahal sgt pun…buat pasangan yg ingin berkahwin di Thailand…Sy rekmen kak wan agen terbaikkk…terima kasih Dr Sy Dan suami…

    1. Alhamdulilah, Sama-sama dan terima kasih kembali kerana kepuashatian keatas perkhidmatan yang saya berikan. Tanggungjawab saya juga keatas tunjuk ajar yang saya berikan.

  3. Terima kasih Kak Wan. Sepanjang urusan pernikahan dipermudahkan. Akak dan Abg sngat memberikan layanan dengan sangat baik. Privacy juga dijamin dijaga dengan baik. Semoga Allah melancarkan urusan kak wan sekeluarga. Aminn

    1. Sama-sama dan terima kasih kembali, Keutamaan saya adalah pejabat agama yang privasi tak ramai orang, tidak perlu menunggu dan paling penting servis yang berkualiti supaya mudah untuk daftar Malaysia dimana anda wasap dengan saya dan saya juga yang menguruskan pernikahan anda. Hati-hati dengan penunggang nikah yang tak menguruskan pernikahan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top